Proton

Tun M: Proton Lancar 3 Model Baru Tahun Depan

July 11, 2015

  

Proton akan melancarkan 3 model baru tahun hadapan iaitu model gantian Saga, Persona dan Perdana yang berasaskan model kerjasama dengan syarikat Honda Motor dari Jepun. Menurut beliau, pengeluar kereta utama sering meminjam dan bertukar-tukar teknologi. Dalam kerjasama kali ini, Proton hanya menggunakan platform Honda dan yang lain akan dibangunkan oleh Proton sendiri.

Model baru Proton akan dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini dan juga rekabentuk yang menarik. Beliau berharap model baru Proton dapat diterima rakyat seterusnya menambah baik kedudukan syarikat Proton. Menurut beliau, ketika ini kedudukan Proton tidak begitu baik dan syarikat itu sedang berusaha keras untuk menghasilkan model yang berkualiti seperti Iriz. Model baru akan berada di pasaran seawal Januari tahun hadapan.

  
Tahniah Tun M. Itulah adata berniaga. Ada barang adalah pelanggan. Kemerosotan Proton adalah disebabkan tiadanya model baru yang boleh menarik pelanggan ke bilik pameran dan model-model sedia ada seperti Persona telah melebihi 10 tahun di pasaran! Apa pun kita harapkan yang terbaik untuk Proton!

Sumber: Bernama

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!