Honda

Honda BR-V, SUV 7 Seater Bajet Dipamerkan di GIIAS 2015

August 20, 2015

  
Honda Motor telah mempertontonkan model prototype SUV 7 tempat duduk mampu milik mereka yang dinamakan BR-V di Gaikindo Indonesia International Motor Show 2015. Memang amat menarik rekabentuk model SUV terbaru dari Honda ini. Rekaan panel pintu menyerupai model MPV bajet mereka iaitu Mobilio dan model SUV ini mungkin menggunakan platform yang sama. 

   
   
Model ini dikatakan bajet kerana harganya dijangkakan di bawah RM100K, mengambil kira harga tentatif di Indonesia iaitu dari RM69K hingga ke RM79K. Honda BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5liter i-Vtec dengan berkemungkinan menggunakan kotak gear CVT atau automatik 6 kelajuan. Pastinya jika pihak Honda Malaysia membawa masuk model ini, akan akan diletakkan di bawah model CR-V dan HR-V yang mempunyai kapasiti enjin dan saiz yang lebih lebar. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!