Kia, Spy Shots

Kia Sportage 2016 Dijumpai Tanpa Selindung

August 18, 2015

  
Inilah gambar model terbaru Kia Sportage. Rekaan dengan lampu headlamp panjang mendatar menampakkan kelebaran model Sportage berbading model sekarang. Sekali imbas juga nampak seperti model Porsche Cayenne. Gril hadapan masih mengekalkan rekaan gril korporat Kia. Terdapat lampu DRL berbentuk segiempat pada sisi bumper hadapan. Lampu hadapan daripada jenis projektor.

   
 
Rekaan belakang masih seakan-akan sama dengan model sekarang dengan kedudukan lampu tail lamp yang diletakkan secara mendatar. Kali ini dari pandangan suku belakang memang nampak lebih maskulin dan lebih lebar. Walaubagaimanapun lampu signal belakang masih diletakkan pada bumper, mungkin tampak sukar dilihat. Juga apabila berlaku perlanggaran yang mengakibatkan bumper tercabut, kereta mungkin tidak boleh langsung dipandu kerana tiada lampu signal.

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!