News, Perodua

Perodua Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat Di Selangor / KL

August 18, 2015

  
Berita baik untuk pengguna kenderaan Perodua yang terlibat dengan banjir kilat di sekitar KL dan Selangor baru-baru ini. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Bernama, Perodua akan memberikan diskaun 20% untuk alat ganti baik pulih kereta yang terlibat dengan banjir. 

Menurut CEO Dato’ Aminar Rashid, pelanggan Perodua adalah amat penting bagi mereka dan menggesa mereka menghantar kenderaan mereka yang rosak ke 187 tempat servis Perodua di seluruh negara. Pelanggan boleh hubungi talian tanpa tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bernama

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!