Proton

Proton Iriz R3 Buat Kemunculan Sensasi Di Litar Sepang!

August 30, 2015


Inilah Proton Iriz R3 lengkap dengan ‘livery’ yang akan membuat kemunculan sulung pada kejohanan Malaysian Championship Series pusingan ke4 di litar antarabangsa Sepang. Menggunakan enjin Campro 1.6 beraspirasi normal yang diubahusai, Iriz R3 yang dipandu oleh Tengku Djan mendapat kedudukan ke-16 keseluruhan pada ujian masa kelayakan dengan catatan 2minit 35saat pada litar sepanjang 5.5km itu.


Dua lagi kereta pasukan R3 iaitu Suprima S dan Preve yang kini mendahului pungutan mata kejohanan menduduki tempat ke17 dan ke18. Walaubagaimanapun menurut tengku Djan, Iriz R3 masih lagi belum sepantas 2 abangnya walaupun ianya lebih pantas di pusingan kelayakan. Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum menyertai Sepang 1000km Endurance Race (S1K) pada bulan November sebagai tugasan pertamanya. Pusingan kelayakan untuk pusingan keempat ini dikuasai oleh pasukan R Engineering yang menggunakan kereta jenis Civic Type R dengan masa 2minit 28saat. Ayuh Proton kita tunjukkan kebolehan kita!

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!