Proton

Proton Lancarkan Model Saga Plus

August 17, 2015

  
Proton telah melancarkan model penambahbaikan Saga yang dipanggil Saga Plus. Model Saga Plus ini mendapat 5 ciri tambahan namun harganya masih mengekalkan harga yang ditawarkan pada model SV. Saga plus didatangkan dengan bodykit SE, rim 14 inci, spoiler, garnish belakang dengan warna body dan plus emblem pada bahagian belakang. 

 
 
Saga Plus menggunakan enjin Campro 1.3liter yang sudah terbukti prestasi dan ketahanannya di mana menurut Proton, 500ribu unit Saga telah terjual sejak dilancarkan. Saga masih lagi menjadi model utama Proton dengan jualan melebihi 3000 unit sebulan.

  

tempahan untuk Proton Saga Plus telah dibuka dan ianya boleh didapati dalam 5 warna pilihan iaitu – Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White and Elegant Brown – Saga Plus ditawarkan pada harga RM33,242 hingga RM36,576 dengan jaminan 3 tahun atau 60,000km (yang mana terdahulu).

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!