Honda

Spyshots: Honda CR-Z Facelift Ditemui di China

August 24, 2015

  

Honda CR-Z yang popular dengan rekabentuk sporty dan moden akan memperoleh ‘muka’ baru atau facelift berdasarkan gambar spy yang dijumpai di China. Bumper depan direka dengan lebih tajam dan seperti mempunyai scoop di bahagian hadapan. Rimnya juga kelihatan seperti sebuah turbin yang lebih dinamik.

 

Anda boleh perhatikan rekaan model sekarang dengan model baru bagi CR-Z. Jelas depannya kelihatan lebih dinamik dan agresif. 

   

 

Bumper belakang juga direka semula dengan penambahan lekuk menjadikan ia kelihatan lebih lebar. Honda CR-Z dijual di negara kita diimport sepenuhnya dari Jepun dengan harga bermula pada RM183 ribu ringgit. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!