Spy Shots

Spyshots Kereta Misteri Di Gurun Kedah

August 12, 2015

  
Seorang pengguna facebook telah memuat naik gambar sebuah kereta yang sedang dalam ujian di Gurun, Kedah. Kereta tersebut masih dilekatkan dengan pelekat hitam dan lambang pengeluar tidak kelihatan. Namun, jika di Gurun, berkemungkinan ia adalah model dari kilang pengeluaran Naza iaitu salah satu model Peugeot. 

   
 Jika dirujuk gambar perbandingan antara model terbaru Peugoet 408, lampu belakangnya yang terkeluar sedikit itu nampak sama dengan model 408 maka sahlah ianya adalah model Peugeot 408 terbaru yang sedang diuji untuk pengeluaran dalam negara. Mungkin ia sedang dalam ujian untuk proses homologation dan juga ujian untuk komponen buatan tempatan.

   
 
Model Peugeot 408 direka khusus untuk pasaran negara China. Rekaannya kini lebih menarik dengan lebih straightforward dan konvensional berbanding model sebelum ini. Rekaan panel instrumen mirip model keluaran BMW. Ianya adalah model segmen C yang bakal memberi saingan kepada pemain utama iaitu Honda Civic, Toyota Corolla Altis dan Nissan Sylphy.

Jika di China, 3 varian enjin ditawarkan iaitu 1.8 aspirasi normal dengan CVVT, enjin twin scroll turbo 1.6THP dan 1.2THP dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan atau automatik 6 kelajuan. Berkemungkinan varian 1.2THP tidak akan ditawarkan. Model ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi dan pendapat admin tangguh dulu jika anda mempunyai niat untuk membeli kereta segmen C sehingga model in dilancarkan.

Sumber gambar: Preve Owner Club

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!