Hyundai

Spyshots: Model Gantian Hyundai Elantra!

August 27, 2015

  
Ini adalah rupa model gantian Hyundai Elantra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Gambar ini dikatakan diambil di dalam kilang pengeluaran Hyundai di Korea Selatan. Model gantian Elantra ini tampak berbeza dari model sekarang dengan sudah tidak lagi menggunakan rekaan bertemakan bendalir atau fluidic sclupture yang digunakan oleh Hyundai sebelum ini. Rekaan kali ni lebih relaks dan straight forward. Rekaan gril besar berbentuk segi enam dengan kemasan chrome nampak menyerlahkan lagi rupa Elantra baru ini. Lampu hadapan dari jenis projektor dengan lamp guide. 

   
Rekaan belakang pula masih lagi mempunyai gaya model sekarang. Lampu belakang juga direka dengan lebih inovatif dimana lampu brek disekalikan dengan lamp guide. Rekaan yang minima tetapi agak menarik.


Seperti bahagian luarannya, bahagian interiornya juga telah direka menggunakan falsafah rekaan terkini Hyundai. Rekaannya tidaklah nampak mewah tetapi lebih kepada fungsi. Dashboardnga lebih berorientasikan pemandu dengan konsol tengah yang mengarah kepada pemandu. Hyundai Elantra adalah model segmen C dan dijangka memberi saingan kepada pemain utama seperti Altis dan Civic jika harga dan spesifikasi yang ditawarkan adalah menarik. 
 

 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!