Proton, Spy Shots

Spyshots: Proton Perdana 2016 Dijumpai di Behrang

August 14, 2015

  

Model Proton Perdana 2016 yang sedang dibangunkan Proton telah ditemui oleh pembaca blog paultan.org di Lebuhraya Plus berdekatan Behrang. Masih sukar untuk meramalkan bentuk sebenar kereta ini kerana masih lagi dibalut pelekat penyamaran. Berdasarkan info sebelum ini, Model Proton Perdana baru ini masih menggunakan platform Honda Accord generasi ke-8 yang sekarang ini di rebadged sebagai model Perdana. Namun penjualan hanya terhad kepada jabatan kerajaan sahaja sebagai kereta kepada pegawai atasan. 

  

Fasa ke-2 kerjasama Proton dengan Honda untuk model Perdana adalah Proton masih menggunakan platform dan enjin Honda Accord namun bahagian luarannya dibangunkan serba baru secara total. Langkah perkongsian teknologi seperti ini adalah perkara biasa bagi pengeluar-pengeluar automatif lain untuk pengurangan kos pembangunan. Langkah ini boleh dicapai antara Proton dengan Honda memandangkan DRB Hicom juga mempunyai saham dalam operasi syarikat Jepun itu di negara kita. 

   
   

Apa pun kita harapkan rekaan model Proton Perdana baru ini lebih menarik kerana ia bakal menjadi model flagship mereka. Disamping mengeluarkan model-model baru, khidmat lepas jualan juga perlu dipertingkat untuk menambah keyakinan pelanggan pada jenama Proton. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!