Tips Kereta

10 Tips Beli Kereta Dengan Harga Murah – Wajib Baca

September 7, 2015

  
Umum mengetahui harga kereta bakal naik kerana kejatuhan nilai matawang ringgit. Mengapa? Ia disebabkan pengeluar kereta mengimport sebahagian komponen dari luar negara dengan menggunakan matawang dollar Amerika. Perodua dan Mitsubishi telah mengeluarkan kenyataan akan ada pelarasan harga kereta jika nilai ringgit terus melemah. Kereta akan menjadi semakin mahal jadi apakah kita sudah tak boleh memiliki kereta? Saya ingin kongsikan 10 tips untuk anda mampu memiliki kereta dengan harga lebih rendah.  Tipsnya adalah;

1. Beli kereta semasa promosi jualan. Banyak pengeluar kereta memberikan diskaun semasa promosi. Ada yang dalam bentuk rebat tunai, aksesori, pinjaman tanpa faedah/rendah dan juga servis percuma. Anda akan diberikan pilihan untuk memilih antara promosi tersebut dan sebaiknya anda memilih rebat tunai untuk membantu meringankan deposit anda.

  
2. Beli kereta semasa musim perayaan utama. Biasanya pengeluar akan membuat promosi sempena musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Rebat tunai boleh digunakan untuk mengurangkan deposit.

  
3. Beli kereta pada hujung tahun. Biasanya, jualan kereta akan perlahan pada bulan 12 kerana kereta akan jatuh harga pada bulan 1 tahun hadapannya walaupun kereta didaftarkan pada 31hb 12. Memang benar namun adakah kita beli kereta hari ni dan esok nak jual? Tidak bukan, paling tidak kita pakai untuk 6-7tahun. Memandangkan pinjaman pun sampai 9 tahun. Untuk mengatasi jualan yang perlahan, pengeluar akan memberi diskaun hebat kepada pembeli pada hujung tahun samada dalam bentuk tunai atau servis percuma. Apapun bentuk diskaun, ianya akan memberi nilai tambah pada duit yang kita keluarkan.

    
4. Beli kereta stok tahun kebelakang. Contoh tahun semasa ialah tahun 2015 namun pengeluar masih mempunyai stok 2014. Pengeluar yang mempunyai stok lama juga akan memberikan rebat dan diskaun istimewa. Sebab telah dinyatakan pada point ketiga. Apa salahnya beza tahun kita beli bukan esok nak jual. Misalnya ada pengeluar yang beri rebat tunai sehingga RM14ribu! untuk model tahun kebelakang.

  
5. Beli kereta model run out. Maksud run out adalah model kereta yang akan ditamatkan pengeluarannya untuk memberi laluan kepada model baru. Biasanya pengeluar kereta akan mempertontonkan model konsep dan juga model sebenar beberapa bulan sebelum ianya dilancarkan. Ia akan menyebabkan jualan model sedia ada menjadi perlahan kerana customer mengambil sikap tunggu dan lihat. Oleh itu pengeluar akan memberikan rebat dan aksesori istimewa untuk merancakkan jualan kereta mereka.

  
6. Jadi pembeli model baru terawal. Ini jarang berlaku tapi pernah berlaku. Untuk mendapatkan momentum, pengeluar akan memberi rebat istimewa kepada mereka yang terawal menempah model baru mereka sebelum pelancaran. Jumlah tempahan awal amat penting sebagai impak marketing selepas pelancaran.

7. Pilih pusat jualan yang memberi lebih diskaun. Biasanya jualan sesebuah pusat jualan bergantung kepada pengurusan pusat jualan itu sendiri. Jadi anda perlulah rajin untuk pergi ke 2-3 pusat jualan untuk membuat perbandingan harga. 

8. Cuba untuk berunding dengan penasihat jualan untuk memaksimakan diskaun yang boleh diperolehi. Biasanya, mereka akan beri yang terbaik untuk ‘close’ sale. Jika tidak dapat rebat tunai pun, pastinya diskaun lain memberi lebih nilai kepada wang anda.

9. Beli kereta yang anda mampu ‘customise’ kan aksesori anda sendiri. Ada pengeluar yang memberi kebebasan lebih banyak kepada pembeli dan dengan itu pembeli dapat mengurangkan harga kereta dengan mengeluarkan aksesori yang tidak perlu dari dalam senarai.

10. Dapatkan nilai tukar beli kereta lama anda setinggi mungkin dengan pergi bertanya kepada beberapa penasihat jualan di beberapa pusat jualan yang berbeza. Dengan cara itu anda akan memaksimakan kadar tukar beli untuk mengurangkan kos pembelian kereta baru.

Ini adalah beberapa tips yang boleh saya kongsikan. Jika anda mempunyai tips yang lain, boleh kongsikan dengan saya juga dalam ruangan komen. Jika tips ini bermanfaat, sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain. 

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!