Recall news, Renault

Edaran Tan Chong Motor Beri Pengguna Peringatan Airbag Untuk 3 Model Nissan

September 21, 2015

  
Edaran Tan Chong Motor telah mengeluarkan peringatan kepada pemilik 3 jenis kereta Nissan di negara ini berkenaan masalah airbag keluaran Takata supaya membawa kenderaan mereka ke pusat servis untuk pemeriksaan segera. Model yang terlibat adalah Xtrail (2002-2007), Teana (2004) dan Liberty (2003). 

Pada bulan Jun lepas, ETCM telah memulakan kempen pemeriksaan dan penggantian airbag hadapan terhadap lebih 12 ribu unit kenderaan keluaran Nissan yang berkemungkinan terlibat. ETCM menyarankan agar pembeli menyemak status kenderaan mereka di laman web nissan atau buat panggilan ke pusat khidmat pelanggan mereka. 

Airbag keluaran syarikat Takata dikatakan boleh meletup dengan secara tidak normal mengakibatkan serpihan besi mengenai pemandu kereta. Sehingga kini, 8 kematian telah dicatat dan isu ini dianggap penting kerana melibatkan nyawa pembeli. 

Sumber: Bernama

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!