Honda, Recall news

Honda Panggil Semula Model City 2014, Jazz 2015 Berkenaan Kotak Gear CVT

September 23, 2015

  
Honda Malaysia telah mengumumkan kemaskini produk untuk model City generasi ke-4 (2014) dan Jazz generasi ke-3 (2015) melibatkan 12,232 unit untuk City dan 97 unit untuk Jazz. Ianya adalah berkenaan software modul untuk kotak gear CVT. Ianya dilakukan dengan menambah software baru untuk mengurangkan stress pada kotak gear. Pada masa ini, tekanan hidraulik yang tinggi sewaktu menekan dan melepaskan pedal minyak pada kelajuan tinggi boleh menyebabkan stress pada drive shaft pulley dan boleh menyebabkan ianya patah. Namun begitu belum ada kemalangan direkodkan melibatkan isu ini setakat ini.

  
Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat dan perlu menghantar segera kereta untuk dikemaskini setelah menerima makluman.  Segala kos akan ditanggung oleh pihak Honda Malaysia. Pelanggan juga boleh menghubungi pihak Honda Malaysia di nombor bebas tol  1-800-88-2020  untuk info lebih lanjut.

Sumber: bernama

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!