Tips Kereta

Panduan Elak Trafik Jam Di Kuala Selangor dan Tanjong Karang

September 18, 2015

  
Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tiba. Kebetulan pula bersamaan dengan cuti sekolah. Apa yang pasti mereka yang akan pulang ke Sabak Bernam, Teluk Intan mahupun yang ke arah utara akan menempuh jem yang teruk di Kuala Selangor dan Tanjong Karang. Jika hari biasa mengambil masa 2jam, musim perayaan pernah mencecah 6jam! Wah macam balik Kelantan aje. Di sini admin ingin kongsikan jalan alternatif untuk elak dari jam di dua lokasi tersebut dari arah Sungai Besar.

  
Dari Sungai Besar, anda perlu pergi ke arah Jalan terusan utama, kod jalan B110. Dari jalan besar persekutuan nombor 5, belok kiri di Sg Nipah terus sehinggalah bertemu dengan jalan terusan utama. Dari jalan Terusan Utama terus sahaja sehingga penghujung jalan itu. Lihat peta seterusnya.

  
  

Teruskan perjalanan sehinggalah bertemu dengan jalan negeri B42 iaitu jalan Kg Tg Karang – Kg Baru Ulu Tiram Buruk. Teruskan perjalan sehinggalah bertemu dengan simpang 3 ke Ijok iaitu masuk ke jalan B33 Jalan Kg Kuantan – Batang Berjuntai seterusnya B35 iaitu Jalan Bukit Badong. Lihat peta di bawah;

  
  

 Teruskan perjalanan sehinggalah anda berjumpa dengan simpang 3 Ijok dan belok kanan di traffic light masuk jalan 54 iaitu Jalan Bukit Rotan – Kg Ijok. Dari situ terus menuju ke lebuhraya Latar untuk ke KL, Shah Alam dan tempat-tempat lain.

  
Begitu juga jika anda balik dari KL ke Kg, anda juga boleh melalui jalan ini. Dengan melalui jalan alternatif ini anda tidak lagi perlu melalui pekan Kuala Selangor dan Tanjung Karang. Admin telah melalui jalan ini buat pertama kali pada cuti Hari Merdeka yang lalu dengan bantuan aplikasi Waze. Alhamdulillah line 3G sentiasa ada disepanjang perjalanan melalui jalan alternatif ini. (DiGi). Jika artikel ini membantu anda, sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!