Proton

Proton Iriz EV Dipamer Di IGEM 2015!

September 10, 2015

  

Proton Iriz EV (Electric Vehicle) dipamerkan di pameran International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2015 bermula 9 hingga 12 September di KL Convention Center. Proton Iriz EV dibangunkan bersama rakan teknologi Proton iaitu LG dari Korea Selatan. Tujuan pameran ini adalah untuk memperkenalkan teknologi hijau mesra alam.

  
  
Proton Iriz bukanlah model pertama dalam percubaan mengeluarkan kereta EV oleh Proton kerana mereka sebelum ini pernah mempertontonkan konsep kereta EV Saga dan Exora di pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur. 

   
 
Proton Iriz lebih sesuai untuk dijadikan model EV pengeluaran massa Proton kerana ia merupakan model kompak dan juga mempunyai rekaan yang lebih moden dan aerodinamik. Kita harap projek ini akan berjaya dan Proton mampu mengeluarkan model EV mampu milik. Pengunjung awam boleh melihat model EV ini pada 12 September sahaja kerana sebelum itu pameran hanya dibuka untuk perniagaan sahaja. Sila rujuk igem.my untuk info lebih lanjut.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!