Safety

Safety: Kereta Hampir Terbakar Ketika Isi Minyak Di Cyberjaya Akibat Rokok!

September 20, 2015

  
Sebuah kereta hampir terbakar ketika mengisi minyak akibat dari menghisap rokok ketika mengisi minyak di Cyberjaya menurut info dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. Walaubagaimanapun kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja-pekerja stesen berkenaan. 

   
 

Ancaman paling utama di stesen minyak adalah kebakaran. Kebakaran mudah terjadi di stesen minyak disebabkan wujudnya wap petrol yang sememangnya lebih mudah terbakar berbanding dalam keadaan cecair. Oleh itu, pengguna mesti mengikuti peraturan berikut semasa di stesen minyak:-

Matikan enjin terlebih dahulu sebelum mengisi minyak.

Dilarang merokok.

Dilarang menggunakan telefon bimbit.

Sungguhpun demikian, masih terdapat beberapa kes kebakaran di stesen minyak akibat kedegilan pengguna mematuhi peraturan keselamatan tersebut. Oleh yang demikian, banyak jenama bahan api yang mengadakan kempen keselamatan bagi mendidik pengguna mengenai keselamatan di stesen minyak.

No Comments

error: Content is protected !!