Tips Kereta

Tips Memandu Dalam Keadaan Berjerebu

September 13, 2015

  
Negara sedang dilanda masalah jerebu yang teruk. Selain dari masalah kesihatan, jerebu juga boleh mengakibatkan kemalangn jalanraya kerana tahap penglihatan yang rendah. Oleh itu, untuk mereka yang memandu, adalah dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti beberapa tips pemanduan supaya berada dalam keadaan selamat. Berikut adalah beberapa tips pemanduan dalam situasi jerebu;

1. Hidupkan lampu foglight jika ada-Lampu foglight mempunyai kedudukan lebih rendah dari lampu utama dan ia membantu menerangkan permukaan jalan dalam keadaan jerebu berbanding lampu utama.

2. Jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan lain-Pastikan anda jarakkan kenderaan anda lebih dalam keadaan jerebu dengan kenderaan lain. Biasanya kita memastikan kenderaan kita dan kenderaan hadapan dalam masa 3 saat namun jika keadaan berjerubu, jarakkan pada sekurang-kurangnya 5 saat.

3. Guna lampu hadapan rendah-ramai yang tersilap menggunakan lampu tinggi ketika keadaan berjerebu. Gunakanlah lampu rendah supaya jalan menjadi lebih terang. 

4. Pastikan anda sentiasa dalam lorong-Penting untuk memastikan anda berada dalam lorong yang betul kerana sukar untuk melihat kenderaan lain dalam keadaan jerebu. 

5. Gunakan mode kitaran dalam untuk penyaman udara-Mode kitaran dalaman mengelakkan udara luar dari masuk kedalam kereta.

Pandu cermat ketika keadaan berjerebu. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!