Volkswagen

Volkswagen Bakal Hadapi Tindakan Undang-Undang di US Berkenaan Penipuan Ujian Pelepasan Asap

September 24, 2015

  

Volkswagen bakal berdepan tindakan undang-undang di US apabila didapati menggunakan software untuk melepasi ujian pelepasan asap (emission test) bagi enjin diesel mereka. Perkara itu terbongkar apabila beberapa professor dan pelajar dari University West Virginia melakukan ujian pelepasan asap realworld bagi kereta yang dibuat oleh pengeluar dari Kesatuan Eropah.

  

Hasil dari ujian tersebut telah mendapati Volkswagen Jetta yang diuji telah melebihi had yang ditetapkan oleh EPA (Environment Protection Agency) sebanyak 40 kali lebih banyak dari ujian yang dilakukan di makmal. Keputusan ujian itu telah melanggar indeks pencemaran udara yang sangat ketat. Laporan telah diberikan kepada EPA dan siasatan telah dijalankan dan didapati Volkswagen telah menggunakan software untuk melepasi ujian pelepasan asap. Sebuah BMW X5 yang diuji sama walaubagaimanapun menghasilkan keputusan yang sama seperti yang ujian di makmal. 

CEO Volkswagen telah meletak jawatan berikutan isu ini dan pihak Volkswagen berkata lebih 11 juta kenderaan terlibat. Volskwagen berkemungkinan berdepan krisis terburuk dalam sejarah mereka dengan saham mereka merudum menyebabkan nilai pasaran hilang sebanyak US26 billion. 

Lihat betapa penting dan ketatnya peraturan mengenai alam sekitar di negara maju seperti US. Sebarang bentuk perlanggaran undang-undang tiada toleransi dari pihak berkuasa. Kita sebagai pengguna juga perlu prihatin dengan alam sekitar. Pengubahsuaian ekzos berlebihan seperti pengubahsuaian pada catalytic converter akan menyebabkan gas beracun terbebas ke udara. Sayangilah alam sekitar kita. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!