Proton, Spy Shots

Proton Exora Dijumpai Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS

December 11, 2015

  
Hai semua. Maaf admin sudah lama tak update blog ini. Admin agak busy kebelakangan ini kerana terlibat dengan pembangunan model baru di tempat kerja. Kali ini admin menerima kiriman gambar dari pembaca mengenai sebuah Proton Exora yang sedang diuji di Lebuhraya PLUS. Sekali pandang tiada bezanya dengan Exora sekarang namun ianya mengguna trade plate dan mempunyai sticker Proton pada cermin depan. Apakah ujian yang sedang dilakukan mereka?

  

Proton dikatakan akan menukar penyedia kotak gear mereka kepada Jatco. Adakah ini model ujian mereka? Mungkin juga proses penambahbaikan untuk enjin CFE untuk pengeluaran masa hadapan. Apapun banyak khabar angin berkenaan Proton ketika ini termasuklah ura-ura mengenai penggunaan  enjin Petronas untuk menggantikan enjin Campro.

  
Diperkenalkan pada tahun 2009, Exora sudah pun berusia 7 tahun dan sudah sampai masanya model gantiannya diperkenalkan. Menurut sumber Proton, 3 model utama Persona, Exora dan Saga akan tetap dibangunkan dengan rekaan dan kejuruteraan in house jadi kita harapkan rekaan model baru lebih flow dan menarik setanding dengan MPV pengeluar luar negara. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!