Proton, Spy Shots

Gambar Proton Perdana Baharu Tersiar Di Internet

April 9, 2016

  

Tidak syak lagi inilah rupa model gantian Proton Perdana berasaskan model Honda Accord yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Berbeza dengan fasa pertama Perdana yang hanya terhad digunakan untuk pegawai kerajaan, model Perdana versi pasaran umum ini mendapatkan rekaan semula side outer panel pada bahagian c pillar. Ini membolehkan Proton memanjangkan lagi bahagian boot lid berbanding rekaan asal. Lampu front headlight seperti mempunyai gelung CCFL ala-ala BMW dengan lampu LED Guide. 

Jika dilihat dari rekaan rimnya, mungkin ini varian enjin berkapasiti 2 liter kerana beberapa teaser sebelum ini dilihat menggunakan rim multispoke yang lebih  menarik. Apa pun kita tunggu pelancaran model ini dan diharapkan harganya kompetitif untuk bersaing dengan pengeluar lain. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!