Proton

Lagi Gambar Proton Perdana Baharu Tersiar Di Internet!

April 20, 2016

  

 
Lagi gambar Proton Perdana baharu tersiar di internet sebelum pelancaran rasmi. Kali ini kita dapat lihat lebih jelas lampu DRL yang begitu terang. Bumper rekaan baru lebih sporty dengan kemasan chrome pada bahagian bawah. Selain itu, kita dapat lihat kereta yang diselaputi pelekat di sebelah Perdana. Mungkin itu adalah model Persona R yang juga dikatakan akan dilancarkan pada tahun ini. Juga disebelah kanan Perdana itu terdapat beberapa buah kereta kompak dan yang jelas kelihatan adalah model Honda Brio. Proton pasti melakukan benchmarking untuk pengeluaran model baru berdasarkan model-model tersebut.

  

 
Rekaan bahagian belakang pula dilihat seperti bercampur-campur. Emblem kelihatan agak besar. Dibahagian bawah bumper kelihatan corong exhaust berkembar dibawah lampu fog atau pemantul. Bahagian berwarna biru pula mungkin adalah chrome garnish yang masih belum lagi dibuka. Dalam gambar ni juga kelihatan sedikit model Persona R, walaupun masih dibaluti pelekat. Dengan semakin banyak gambar-gambar Perdana baru yang tersiar kebelakangan ini, mungkin pelancarannya akan diadakan tidak lama lagi. Kita harap yang terbaik dari Proton untuk tahun 2016. 

Sumber: Low yat

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!