Perodua

Myvi Facelift Terbaru Tampil Dengan Cat Luaran Dwi Warna

May 5, 2016

  

Perodua bakal melancarkan model Myvi facelift terbaru dengan tawaran cat badan dwi warna. Warna hitam digunakan dari bahagian pillar ke atas. Jika anda ingat, sebelum ini Perodua pernah mengeluarkan model Kelisa dengan pakej warna badan kereta seperti ini. 

  
Styling sebegini mungkin bakal diterima bercampur-campur oleh bakal pembeli, tapi setakat ini belum ada info mengenai aksesori yang ditawarkan pada Myvi facelift ini. Bagaimanapun dengan populariti Myvi ketika ini, pasti ada pasaran untuk model ini.

   

 
Perodua Myvi merupakan model kereta paling laris dalam sejarah Malaysia, dengan pengeluaran 8000 unit sebulan di kilang pengeluaran Perodua di Rawang. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!