Perodua, Spy Shots

Adakah ini model Perodua Sedan?

June 13, 2016

  
Nampak sudah tidak menjadi rahsia lagi model sedan Perodua yang ditunggu-tunggu. Sekeping photo yang tersebar di laman sosial mendedahkan rekanbentuk model sedan pertama Perodua yang dikatakan akan dilancarkan pada masa terdekat. Rekaannya lebih kepada 3 box sedan. Lampu hadapan dan fender direka untuk lebih kelihatan dinamik. Rim dengan rekabentuk turbin dan door handle dengan kemasan chrome. Mungkin ini adalah model dengan trim level tertinggi. Belum ada maklumat berkenaan enjin dan kotak gear yang bakal digunakan sehingga kini namun mungkin ia akan menggunakan enjin berkapasiti 1.5liter. Proton mungkin akan tergugat dengan model Perodua sedan ini. Tunggu. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!