• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Gambar Model Gantian Serena Tersebar Sebelum Pelancaran

June 19, 2016 by admin

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Nissan Motor Co., Ltd bersiap untuk melancarkan model gantian MPV popular Serena di pasaran Jepun tidak lama lagi. Beberapa gambar luaran dan dalaman model MPV itu telah mula tersebar di internet. Gambar di atas menunjukkan bahagian luaran model baru itu. Side profile masih mengekal ciri Serena model sekarang tetapi terdapat perubahan rekaan pada kawasan D pillar untuk memberikan aspek dinamik pada MPV ini.

  
Bahagian hadapan menampilkan rekaan yang minima dengan lampu jenis projektor menjadi pilihan jurutera Nissan. Walaupun begitu, model Serena sekarang juga masih nampak menarik dan solid jika dibandingkan dengan model yang baru.

   
    
 

Rekaan papan pemuka atau instrument panel model gantian Serena ini lebih modern jika dibandingkan dengan model sekarang dengan paparan skrin kamera undur belakang dan kamera pandangan sudut 360 darjah diletakkan pada sebelah meter kombinasi. Meter kombinasi dan paparan masih mengekalkan jenis digital yang memberi perasaan moden seperti mengemudi pesawat. Juga terdapat paparan skrin navigasi yang cukup besar di head unit Serena ini untuk memudahkan perjalanan anda dengan Serena. 

  
Serena dikatakan bakal diperkenalkan dalam 2 varian drivetrain iaitu S-hybrid dan full hybrid. Varian S-hybrid akan dilancarkan terlebih dahulu sebelum varian hybrid penuh dilancarkan setahun selepas pelancaran model baru ini.

P/s: Admin pun sedang berkira-kira untuk ambil Serena. Namun bajet belum cukup.

Sumber: Facebook Serena club

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Nissan Tagged With: all new serena, serena 2017

No Comments

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in