Honda, Recall news

Honda Malaysia Sahkan Kematian Terbaru Akibat Dari Kecacatan Airbag

June 28, 2016

  

Honda Malaysia Sdn Berhad (HMSB) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kes terbaru membantu airbag takata yang menyebabkan kematian pemandu wanita pada 26 Jun yang lalu. HMSB merakamkan kekesalan dan simpati atas apa yang berlaku. Menurut HMSB, kereta terlibat telah dipanggil untuk penukaran inflator airbag. Ini merupakan kes yang keempat berlaku di negara kita.

   

Jika kita lihat pada kerosakan pada kereta mangsa adalah sangat minima namun bagaimana sistem airbag telah mengaktifkan airbag pada perlanggaran seminima itu tidak diketahui. 

Airbag Takata menggunakan bahan ammonium nitrat pada bahagian inflator berbanding bahan lain yang digunakan oleh pengeluar lain. Bahan ini dikatakan tidak stabil pada kelembapan tinggi dan boleh menghasilkan tindak balas yang kuat sewaktu airbag diaktifkan. Ini adalah punca menyebabkan letusan luar biasa pada airbag Takata. 

Honda Malaysia telah mengumumkan langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pengguna dengan memanggil semula 147,894 unit kenderaan Honda bagi menggantikan pengepam beg udara penumpang hadapan. Model kenderaan yang terbabit dalam panggilan semula ini mengikut tahun pengeluaran adalah :
Accord (2003-2011), City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011), Freed (2009-2011), Insight (2011), Jazz (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008).

Pemilik kereta Honda hendaklah segera menghubungi pihak Honda Malaysia untuk penukaran airbag inflator pada kadar segera. Penukaran adalah percuma. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!