Proton

Proton Perdana Baharu Sudah Tiba Di Bilik Pameran

June 7, 2016

  

Beberapa gambar Proton Perdana baharu telah dimuat naik ke laman sosial menandakan pelancaran model ini telah terlalu hampir. Sumber laman sosial mengatakan pelancaran model ini pada 14 Jun 2016. Para bakal pembeli tidak sabar menantikan model ini yang bakal memberi saingan kepada model segmen D lain di pasaran tempatan.

  

Seperti yang kita pernah lihat sebelum ini, Perdana baharu ini mendapat rekaan semula pada bahagian hadapan, side panel dan juga bahagian belakang. Ada tambahan fix quarter glass pada bahagian C pillar, satu petunjuk yang menandakan model Perdana ini lebih luas dan panjang sedikit berbanding model Accord yang disalinnnya.

  

Bahagian belakangnya pula mirip seakan-akan rekaan kereta Jaguar atau Vauxhall. Ia dipasang dengan garnish dengan kemasan chrome. Juga kelihatan lubang exhaust berkembar di bahagian bawah bumper juga dengan kemasan chrome untuk menambah impak imej mewahnya.

  

Bahagian dalamannya pula masih mengekalkan rekaan model asal namun ditambah dengan skrin sentuh pada head unit. Belum pasti apa yang ada pada head unit yang baru ini. Bahagian center console diberi kemasan fake wood untuk menambah impak mewah pada bahagian dalamannya. Nampak Proton tidak mengeluarkan varian yang menggunakan dial seperti yang kita lihat pada spy shots sebelum ini. Mungkin ia akan dipasang pada model faceliftnya nanti.

  

Enjinnya masih mengekalkan enjin Honda i-Vitec yang telah terbukti ketahanan dan kecekapan bahan apinya. Buat permulaan, Proton akan meneruskan penggunaan enjin Honda namun apabila enjin baru mereka yang sedang dibangunkan di UK siap nanti, mereka akan menggunakan enjin baru mereka pada model Perdana. Kita mengharapkan model yang terbaik kali ini dari Proton. 

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!