Pada bulan 7 yang lalu, General Motors (GM) telah menandatangani perjanjian dengan syarikat SAIC dan Wuling Motors untuk menghasilkan satu brand kereta baru di China. Setelah beberapa bulan, kerjasama itu dilihat berjaya apabila GM berjaya mengeluarkan model kereta pertama hasil dari kerjasama ini. Jenama Baojun dengan sedan 630. (gambar).
Dari pelbagai sudut, rekaannya agak mirip model kereta global GM iaitu Chevrolet Cruze. Power train pula tiada info tetapi hampir pasti ianya bakal dibekalkan oleh pihak GM dan pasti perlu menepati peraturan pelepasan tahap Euro 4 di negara China.
Harganya lebih kurang RM40,000. Bagaimana? styling agak menarik namun dari pelbagai segi, nampak sedikit outdated terutamanya dari sudut profile tepi dan belakang. Styling depan kelihatan seperti Passat CC.