Cusco, pembuat komponen selepas jualan terkenal Jepun, mengesahkan untuk membeli 30 unit Proton Satria Neo sebagai kereta Rali kumpulan N untu dijual kepada pihak yang berminat. Menurut star-motoring, sumber Proton mengatakan jualan selepas ini akan bergantung kepada tempahan yang dibuat oleh Cusco. Pada masa ini mereka mengesahkan untuk membeli 30 unit. Proton akan menghantar kereta ini secara CBU ke Jepun dan mencatat sejarah kerana sebelum ini Proton tidak pernah mengeksport keretanya ke Jepun. Eksport akan menggunakan nama Proton Satria Neo.
Komen admin: Satu berita baik untuk Proton dan pelaburan dalam sukan permotoran rali ketika ini tampak berhasil apabila Cusco, jenama ternama dari Jepun, mengesahkan untuk membeli 30 unit Satria Neo ini. Proton juga mencatat sejarah apabila berjaya bertapak di negara Matahari terbit itu yang juga pengeluar kereta terbesar di dunia. Tahniah dari admin dan diharap Proton dapat mengeluarkan kereta prestasi tinggi seperti ini tanpa mengorbankan ciri ergonomik dan pastinya ianya juga mampu milik.