Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir hari ini dilaporkan oleh Bernama sekali lagi menegaskan bahawa harga kereta teramat mahal di Malaysia bukanlah disebabkan adanya Proton. Katanya, kerajaan telah lama mengenakan cukai yang tinggi sebelum kewujudan Proton lagi bertujuan untuk mengawal matawang ringgit dari keluar dari dalam negara. Dr. Mahathir yang juga penasihat Proton juga berkata, rakyat Malaysia yang membeli Proton telah membuat kebajikan apabila Proton menjadi kaya dan berjaya. Ini kerana Proton dapat menyediakan pekerjaan kepada orang ramai terutamanya yang mempunyai keluarga yang besar. Beliau juga mahukan Proton menjadi contoh dan memainkan peranan dalam pembangunan sosio ekonomi untuk kebaikan rakyat.
Komen admin: Apa yang dikatakan oleh Dr. M itu memang benar tetapi ianya adalah dari segi kebaikan. Namun keburukannya tetap ada dan sepatutnya perlu ditimbang tara sebelum penubuhan Proton lagi. Ini kerana industri automotif adalah permainan teknologi dan skala ekonomi kerana pelaburan yang cukup tinggi dari segi pembangunan model baru, pengeluaran dan juga peningkatan tahap kualiti. Jika ianya berjaya, ia juga merupakan industri yang menjana pendapatan besar dan secara jangka masa panjang seperti pengeluaran alat ganti dan servis selepas jualan.
Banyak komen dari pembeli mengenai kualiti kereta Proton namun ianya hanya didiamkan oleh pihak Proton. Contohnya side mirror Waja yang mengelupas. Sampai sekarang pun admin dapat perhatikan masalah itu masih berlaku walaupun pada Waja CPS. Apakah memang pasukan QA Proton tidak ambil endah atau tiada pengadu? Sesuatu masalah yang dilaporkan perlulah diselesaikan segera untuk meyakinkan pelanggan mengenai tahap kualiti Proton.
Mengenai harga kereta yang admin sifatkan teramat mahal, ianya adalah disebabkan oleh cukai yang tinggi oleh kerajaan Malaysia. Dalam erti kata lain, ia mahu melindungi Proton dan Perodua namun cukai yang dikenakan kepada Proton dan Perodua juga amat tinggi. Ambil contoh harga Boon Luminas (Perodua Alza di Malaysia) dengan 6 beg udara dan kotak gear CVT hanya RM56,000 di Jepun tetapi harga Alza dengan 2 beg udara dan kotak gear 4 kelajuan automatik sudah mencecah RM70,000. Itupun sudah 90% komponennya dibuat di Malaysia.
“Hello all smart Malaysian, tak payah tengok jauh jauh la…Tengok Langkawi… go to nissan website and check the price of Nissan Fairlady 370Z’s pricing.. Peninsular Malaysia 370k, Langkawi 190k… different by 180k so called to ‘charity’ as well for not buying Proton Car… itu dia harga sebenar kereta… 48.64% of an imported car to ‘charity’.
Harga Sentra (A) Comfort kat Langkawi 61k… Persona Highline 60k,,, nak pilih yang mana satu? jawapan yang memang jelas terpapar…”
Komen di atas antara yang admin dapat dari laman Yahoo mengenai perbandingan harga kereta di Langkawi dan Semenanjung. Memang cukup mahal harga kereta di Malaysia. Kerajaan perlu buat sesuatu dan jangalah hanya mahu untung sebelah pihak sahaja. Banyak mekanisma lain untuk menjana pendapatan kerajaan.