• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Lampu Meter Perodua Myvi & Alza Boleh Membahayakan?

March 22, 2015 by admin

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Baru-baru ni heboh di laman sosial mengenai tulisan blog seorang bekas jurutera berbangsa Jerman yang menetap di negara kita mengenai meter Perodua Myvi dan Alza yang dikatakan boleh membahayakan atau ‘deadly’. Beliau menyatakan perkara tersebut mengenai meter cluster Perodua Myvi yang dibeli oleh isteri beliau. Meter cluster dari jenis self illuminating boleh menyebabkan pemandu terlupa untuk menghidupkan lampu headlight pada waktu malam kerana beranggapan lampu sudah dihidupkan. Beliau juga pernah melihat sendiri kereta jenis yang sama tidak menyalakan lampu di jalanraya. Beliau juga menulis meter cluster jenis self illuminating ini tidak menepati piawaian keselamatan antarabangsa dan ianya tidak diambil peduli oleh pihak berwajib seperti Miros untuk memastikan pengeluar kereta membuat kereta yang selamat. Beliau juga menyatakan segala email beliau tidak pernah dibalas oleh Perodua dan juga pihak berwajib berkenaan isu lampu meter yang beliau nyatakan.

Perodua dalam kenyataan balas mengenai isu ini telah menafikan bahawa kereta keluaran mereka tidak menepati piawaian keselamatan dengan merujuk kepada syarikat-syarikat insuran yang menyatakan lampu meter jenis itu bukanlah penyebab kepada kemalangan. Malah, bukan setakat Perodua sahaja tapi banyak pengeluar lain termasuk dari Jepun dan Eropah menggunakan teknologi yang sama. Mereka juga menyoal penulis blog berkenaan bukti mengenai piawaian keselamatan lampu meter yang tidak diberikan penulis. Pihak perodua juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menuduh atau berniat jahat terhadap organisasi mereka.

Admin rasa tidak salah beliau memberi pendapat berdasarkan pengalaman beliau namun apa-apa yang melibatkan pihak lain perlulah disertakan dengan bukti dan elakkan dari tuduhan liar. Sebenarnya, lampu meter dari jenis self illuminating telah lama digunakan oleh pengeluar lain sebelum Perodua lagi. Honda telah memperkenalkan lampu meter jenis itu bermula dari model City generasi keduanya iaitu dari tahun 2002. Begitu juga Nissan dan lain-lain pengeluar. Perodua juga bermula dengan Myvi generasi pertama tahun 2005 telah menggunakan meter jenis ini. Jadi bukanlah hanya Perodua sahaja tapi banyak pengeluar lain yang menggunakannnya. Jika ianya menyalahi piawaian keselamatan, sudah tentu ia tidak boleh digunakan. 

Untuk info, admin mempunyai  sebuah Myvi  generasi kedua yang menggunakan meter sama seperti yang dinyatakan oleh penulis blog itu. Apa yang berlaku, apabila lampu headlight dihidupkan, kecerahan lampu meter akan berkurangan secara automatik menandakan yang ianya bertukar kepada mode pemanduan malam. (bandingkan gambar pertama dan kedua). Fungsi ini jika difahami dapat memberi feedback kepada pemandu samada headlight dipasang atau tidak. Namun begitu, tugas memasang lampu adalah terletak pada pemandu itu sendiri di mana fungsi pembezaan di meter cluster  itu adalah sebagai membantu sahaja. 

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan yang lampu meter jenis ini boleh menyebabkan pemandu terlupa memasang lampu terutamanya di kala melalui jalan yang mempunyai lampu jalan seperti di jalan bandar. lihat perbandingan antara tidak menyalakan lampu (gambar 1) dengan lampu menyala (gambar) 2 di bawah ini.

 

              Tanpa lampu headlight menyala 

 

                lampu headlight menyala 

Berdasarkan pemerhatian admin, admin mencadangkan pihak Perodua untuk menambah baik meter paparan dengan meletakkan simbol headlight ON tambahan kepada fungsi perbezaan kecerahan untuk membezakan headlight ON dan OFF. Ini kerana, fungsi perbezaan kecerahan juga tidak dinyatakan di dalam manual pengguna. (setakat yang admin baca).

 Edit        Simbol headlight ON pada meter paparan

Pada admin, lampu meter jenis self illuminating ini lebih baik iaitu selain ianya kelihatan lebih menarik, ianya juga memberikan fast feedback mengenai keadaan kereta anda sewaktu mula-mula enjin dihidupkan. Juga in membuatkan pemanduan malam lebih reponsif dengan mata untuk mengurangkan mengantuk. Pihak pengeluar sebenarnya mengalu-alukan pendangan terhadap produk keluaran mereka dan kita sebagai pengguna nyatakan padangan kita menggunakan saluran yang betul dengan terus ke pihak khidmat pelanggan jika timbul sebarang kekeliruan. Ingat, keselamatan jalanraya adalah tanggungjawab kita semua.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized

No Comments

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in