• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Tips Kereta: Berapa Jauhkah Kereta Anda Boleh Pergi Selepas Meter Minyak Berkelip? – Wajib Baca

September 12, 2015 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda tidak mengisi minyak sehingga meter petunjuk amaran berkelip? Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila petunjuk amaran mula berkelip? Penting untuk anda mengetahui berapa jarak anda boleh pergi kerana jika anda tersalah agak, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula! Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak boleh pergi bila dah berkelip? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda. Lihat contoh manual Perodua Myvi di bawah;

  
Menurut buku manual Myvi ini, lampu akan mula berkelip apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan apabila  kurang dari 6.0liter, ia akan berkelip dengan lebih laju. Jadi berapa anggaran jarak yang boleh pergi dengan baki minyak tersebut adalah bergantung kepada spesifikasi dan ‘behaviour’ pemanduan itu sendiri. Anggaran boleh dikira begini. 

Myvi 1.3 SE

Anggaran penggunaan minyak 14km/l

Anggaran jarak boleh dilalui selepas lampu amaran berkelip adalah 7.5l x 14km/l = 105km

Namun anggaran kiraan ini adalah sangat bergantung kepada behaviour pemanduan dan keadaan kenderaan anda sendiri. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu laju, penggunaan bahanapi akan lebih menyebabkan anda memperoleh kiraan kilometer yang lebih sedikit berbanding di atas. Keadaan kereta juga memainkan peranan di mana kereta yang diservis dan diselenggara dengan baik akan sentiasa menggunakan bahan bakar yang efisien berbanding yang tidak atau kenderaan yang terlalu tua usianya.

 
Di negara maju seperti Amerika, pemandu berkongsi pengalaman mengenai berapa jauh kereta mereka boleh pergi selepas lampu amaran berkelip. Mereka berkongsi dalam sebuah laman web tankonempty.com. Mungkin kita boleh pun boleh meniru mereka dengan berkongsi pengalaman kita. Apa pun jawapannya memang sudah ada dalam buku manual jadi berapa ramaikah antara kita yang beli kereta lepas tu baca manual? Haha saya percaya amat sedikit sekali :). 
Jika artikel ini bermanfaat sila like dan sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain :). 

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Tips Kereta Tagged With: jarak penggunaan minyak, lampu amaran meter minyak

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in