• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Tips Kereta: Kenali dan Faham Makna Kod Pada Rim Kereta Anda

October 11, 2015 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow
rims

Anda pastinya pernah menukar rim kereta bukan? Samada rim anda sudah rosak ataupun ingin kelihatan lebih menarik, pastinya setiap insan yang memiliki kereta perlu menukar rim mereka. Biasanya, kita hanya menyerahkan bulat-bulat kepada kedai tayar atau rim ketika membeli rim tanpa mengetahui apa spesifikasi rim yang digunakan oleh kereta kita. Sepatutnya anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang rim kereta agar anda boleh membuat pilihan tepat untuk rim baru anda tanpa mengkompromi masalah-masalah lain seperti sangkut pada wheel housing dan sebagainya. Pada post kali ini, admin ingin kongsikan tips bagaimana anda mengenal dan faham kod spesifikasi rim kereta anda.

stamp

Kod rim biasanya di‘punch‘ pada bahagian dalam rim. Ini digunakan sebagai rujukan ketika memasang rim pada kereta. Setiap huruf dan nombor mempunyai maksud tersendiri. Untuk rim seperti gambar di atas, kod rim adalah 8.5Jx20H2 ET52. Kod ditulis berbeza-beza mengikut pengeluar namun kebiasaanya menggunakan kod yang standard. Nampak seperti sebuah rim yang besar. Mari kita fahami apakah maksud kod yang biasa digunakan pada rim kereta kita.

rims

Ambil kod 15×6.5-JJ 114.3-4-ET33 sebagai contoh. Angka 15 adalah diameter rim dalam unit inci. 6.5 adalah lebar rim dalam unit inci. JJ adalah bentuk bibir rim. 114.3 adalah pitch circle diamater (PCD) rim dalam unit mm. Angka 4 pada nombor 5 adalah jumlah lubang pada rim dan ET33 adalah jarak offset rim dari garisan tengah rim.

1. Diameter rim
Diameter rim adalah jarak antara hujung ke hujung rim atau lebih biasa dipanggil saiz rim. 15 inci, 16 inci dan sebagainya. Penukaran saiz rim perlulah merujuk kepada peraturan 3 peratus supaya tidak menjejaskan sistem odometer dan speedometer kereta anda.

2. Lebar rim
Kelebaran rim adalah jarak bahagian rim yang dipasangkan dengan bahagian tayar yang bersentuh dengan jalan. Rim yang lebih lebar biasanya menggunakan tayar yang lebih nipis. Lebar rim dikira dalam inci namun lebar tayr dikira dalam mm seperti 205, 215 dan sebagainya.

3. Bentuk bibir rim
Bentuk bibir rim biasanya dinyatakan dalam bentuk huruf sepeti J, JJ, JK dan sebagainya. Anda perlu mengetahui kod ini untuk memilih tayar yang sesuai dengan kereta anda.

>>Nak pendapatan tanpa had dengan kerja yang sah di sisi undang2? klik sini<<

4. Pitch Circle Diameter (PCD)
PCD adalah jarak antara 2 titik tengah lubang skru pengikat rim anda. Jarak PCD berbeza mengikut bilangan lubang skru pada sesebuah rim. PCD setiap pengeluar adalah berbeza dan anda perlu mengetahui PCD kereta anda sebelum membeli rim. Bagi Proton dan Perodua, PCD mereka adalah 100.

5. Jumlah lubang skru
Jumlah lubang skru bergantung kepada jenis dan saiz kereta. Jika kereta dari saiz yang besar dan mempunyai enjin berkuasa tinggi, biasanya mempunyai bilangan lubang skru yang lebih banyak pada hub tayar.

6. Rim Offset (ET)
Rim offset perlu anda ketahui ketika memilih rim. ET33 bermaksud offset 33mm kehadapan. lebih kecil offset bermaknya rim akan terkeluar dari ruang tayar seperti rim Rota. Offset penting kerana jika anda salah memilih offset, tayar anda mungkin sangkut pada fender ataupun pada komponen suspensi sebelah dalam.

Seperti tayar, rim juga amat penting untuk anda mengetahui spesfikasinya kerana jika salah memilih rim, anda mungkin menanggung kerugian yang besar. Diharap post kali ini dapat menambah pengetahuan kita mengenai rim kereta. Jika post ini bermanfaat, sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih :).

P/S: Baca juga post mengenai apa yang perlu tahu mengenai kod pada tayar kereta di sini.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Tips Kereta Tagged With: panduan rim kereta

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in