• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Lagi Gambar Model Gantian Saga Baharu Dari Jarak Dekat

September 23, 2016 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Gambar Proton Saga baharu dikongsikan oleh seorang pengguna lama sosial. Gambar model gantian Saga ini dikatakan di ambil di Sabah. Nampaknya Proton telah mula menghantar model baru itu ke seluruh negara sebelum pelancaran rasminya pada 28 September ini. 

  
Seperti yang kita lihat dari gambar risikan sebelum ini, rekaan bumper hadapannya berbentuk X, rekaan bijak yang memberi imej lebar dan jitu di atas jalan. Lampu headlamp nya kini lebih dinamik, direka seperti anak panah. Gril hadapannya disertakan dua kemasan chrome melintang, namun begitu masih terdapat rasa kosong di bahagian gril. Mungkin Proton boleh meletakkan kemasan chrome yang lebih tebal untuk nampak lebih padat. Model dalam gambar juga dilengkapi dengan lampu kabus, mungkin ini adalah varian eksekutif dan ke atas.

  
Tidak dinafikan model Saga ini mempunyai pandangan paling menarik dari sudut 3 suku belakang. Rekaan nampak premium dengan lengkuk c pillar seperti BMW. Penutup bootnya juga direka dengan kecerunan belakang, sesuatu yang susah dilihat pada model Proton sebelum ini. Rekaan rimnya nampak bercampur-campur, lebih menarik jika ia diberikan kemasan polish kilat.

  
Bahagian belakangnya pula kini tampak lebih lebar, dengan  lampu rear combi lap dihubungkan dengan garnish berkemasan chrome. Kedudukan license plate masih mengekalkan seperti model asal iaitu pada panel trunk lid. Juga terdapat diffuser pada bumper belakanh bahagian bawah mungkin disertakan dengan reflektor keselamatan.

  
Bahagian dalamannya juga direka semula, kali ini lebih konvensional. Sterengnya menggunakan rekaan dari model Exora dan Preve, dengan butang kawalan radio dan fungsi bluetooh untuk telefon bimbit. Pergkongsian rekaan stereng bukanlah hanya untuk Proton sahaja malah syarikat besar seperti Toyota juga melakukannya, sebagai satu langkah penjimatan kos pembangunan model baru.

  
layout panel instrumennya atau dashboard model Saga baharu ini masih mengekalkan ciri rekaan model yang digantinya tapi nampak lebih smooth. Apa yang kurang menarik adalah kedudukan double din nya sedikit rendah pada konsol tengah, menyukarkan sedikit proses navigasi semasa memandu. Tombol gearnya kelihatan menggunakan rekaan dari model Iriz. Selain itu, rekaan door inner handle nya beserta dengan door lock. Secara kesuruhan, rekaan dalamannya nampak lebih moden dan padat.

Model Saga ini dikatakan dibangunkan berdasarkan platform Saga sekarang dan diberikan beberapa penambahbaikan. Ia juga dikatakan menerima penarafan ASEAN NCAP 4 bintang, kurang satu bintang dari model Persona kerana antara syarat penarafan 5 bintang memerlukan ciri keselamatan seperti TC dan ESC. Model ini juga akan menjadi entry model untuk line up Proton, kapasiti enjin 1.3 liter dengan fungsi VVT. Kita nantikan lebih banyak lagi info mengenai model ini.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton, Spy Shots Tagged With: proton saga baharu 2016

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in