• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Toyota Vios Sedan Segmen Sederhana Paling Berkualiti – JD Power IQS No.1

November 24, 2016 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Toyota Vios dinobatkan sebagai sedan paling berkualiti untuk tahun 2016 mengatasi Nissan Almera yang menduduki tempat kedua dan Honda City di tempat ketiga. Ini berdasarkan kajian kajiselidik yang dijalankan oleh pihak JD Power Initial Quality Study untuk kategori sedan saiz sederhana. 

  
Daripada 100 buah kereta yang diselidik, Vios mendapat maklum balas kualiti yang paling sedikit iaitu 48, Nissan Almera 52 dan Honda City 72. Kejayaan Vios ini adalah dari hasil usaha penambah baikan kualiti berterusan Toyota, yang menerapkan budaya ‘Kaizen’ pada setiap pekerja mereka demi mencapai kualiti tahap tertinggi. Ini terbukti apabila Toyota menjadi jenama kenderaan paling dipercayai di dunia.

  
Vios 2016 telah mendapat penambaikan menyeluruh dari segi luaran, enjin dan kotak gear dengan harga yang lebih murah. Ia juga mendapat taraf Energy Efficient Vehicle (EEV) atau kenderaan cekap tenaga kerana boleh mencapai lebih 20km untuk seliter petrol. Ini boleh dicapai dengan pengenalan enjin generasi baru Toyota dengan teknologi VVT-i berkembar dan kotak gear CVT 7 kelajuan dengan shiftmatic. 

  
Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan fungsi Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TC) sebagai fungsi standard untuk semua varian. Ini menambahkan keyakinan pemanduan ketika jalan agak licin atau pada waktu hujan. 

Pastinya anda perlu memandu uji model terbaru ini sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta baru. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web toyota.com.my atau ke pusat pameran dan jualan Toyota berdekatan. Pelbagai tawaran menarik termasuk rebat tunai dan servis percuma. 

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Toyota Tagged With: jd power iqs, toyota vios

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in