• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Adakah Perkongsian Model (Rebadge) Antara Syarikat Pengeluar Tidak Bagus?

December 14, 2016 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  Banyak persepsi masyarakat mengenai perkongsian model atau rebadge adalah tidak bagus kerana menghilangkan imej sesebuah pengeluar itu, tidak boleh berdikari dan sebagainya. Namun tahukah anda, syarikat pengeluar kereta terbesar di dunia juga melakukan pelan perniagaan yang sama? Di Amerika Syarikat, generasi kedua model Yaris Sedan syarikat Toyota adalah rebadge dari model Mazda 2 sedan.  Ia adalah pelan situasi menang-menang antara syarikat Toyota dan Mazda di sana. Sebabnya, jika Mazda menjual Mazda 2 sebagai jenama sendiri, jumlah jualan mungkin sedikit kerana kereta kompak kecil sudah sinonim dengan jenama Yaris sedan. Jika mereka membenarkan Toyota rebadge model itu menjadi Yaris, sudah tentu jualan akan melebihi jualan Mazda itu sendiri. Itu skala ekonomi yang dimilik oleh Toyota. Bagi pihak Toyota pula dapat penjimatan dari segi kos Penyelidikan dan Pembangunan dan kos pengeluaran. Mazda 2 juga mempunyai prestasi, rekaan menarik dan kualiti yang tinggi. Atas perjanjian itu Mazda 2 tidak dijual oleh syarikat Mazda sebagai model mereka. 

  
Begitu juga yang berlaku pada perjanjian antara Proton dan Suzuki untuk model Ertiga. Suzuki di Malaysia sudah bertapak lama namun disebabkan saiz pasaran yang kecil dan struktur cukai yang berbeza untuk kategori nasional dan bukan nasional, jualan mereka sukar berkembang. Jadi lebih mudah untuk mereka menjual dengan memberikan model mereka untuk direbagde kepada syarikat [Proton] yang mempunyai lebih skala ekonomi. Jika Ertiga dijual oleh Suzuki boleh jual 100unit sebulan, adalah lebih bijak jika ia diberikan kepada syarikat lain yang boleh menjual lebih 1000 unit sebulan. Selain Proton, Mazda juga merebadge model Ertiga ini dengan nama Mazda VX 1.

  
Kelebihan perkongsian model (rebadge)

1. Penjimatan kos penyelidikan dan pembangunan model baru 

2. Peningkatan keuntungan jualan melalui skala ekonomi 

3. Mempelbagaikan tawaran model 

4. Mengurangkan kos lepas jualan 

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized Tagged With: proton ertiga, rebadge

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in