• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Adakah Suzuki Ignis Sesuai Dijadikan Model Proton?

December 11, 2016 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

img07
Jika kerjasama antara Proton dan Suzuki berkekalan, model Ignis boleh dicadangkan untuk model rebadge. Model ini seakan-akan SUV tapi dengan aras lantai yang rendah. Saiznya lebih besar sedikit dari Perodua Myvi dengan lebar nya 1660mm berbanding Myvi 1445mm. Namun ianya menggunakan enjin terbaru Suzuki iaitu 1.2 DualJet 3 silinder. Teknologi DualJet adalah twin injector yang mana dengan teknologi ini Suzuki dapat meningkatkan kecekapan dan kuasa daya kilas enjin.

exterior02

C Pillar sedikit besar mungkin sedikit menyukarkan untuk mengundurkan kereta ini tetapi secara keseluruhan rekaannya adalah seimbang. Terdapat beberapa elemen rekaan model Suzuki sebelum ini pada model ini seperti rekaan hood yang menyerupai model Vitara, A pillar yang menyerupai model Swift dan C pillar yang mempunyai 3 garisan lekuk diambil dari model Coupe lagenda mereka.

img01

Model ini juga menggunakan konsep seating height yang tinggi untuk kedudukan pemanduan yang lebih selesa dan kadar penglihatan yang tinggi. Perjalanan jauh tidak memenatkan.

img02

Rekaan instrument panel nya adalah minima dan ringkas namun banyak butang kawalan diletakkan pada roda stereng. Juga terdapat unit multimedia berbentuk seperti tab pada konsol tengah.

img03

Model ini lebih luas dan lebar dari Iriz atau Myvi tetapi menggunakan enjin yang lebih menjimatkan bahanapi. Juga ianya mendapat penarafan 5 bintang penuh EuroNcap. Admin rasa ianya sesuai untuk pasaran malaysia jika harganya berpatutan. Kita harapkan kerjasama antara Proton dan Suzuki berkekalan.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton, Suzuki

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in