• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

PROTON RAIH 2 ANUGERAH DI MALAYSIA CAR OF THE YEAR 2016

December 17, 2016 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Subang, 15 Disember 2016 – PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) menerima 2 anugerah bagi Saga dan Persona serba baharu, di Malaysia Car of the Year 2016 oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) yang diadakan di Hotel Saujana, Subang. 
2 anugerah tersebut ialah: 

1. Value-for-Money Car (Kereta Nilai Terbaik) – Proton Saga  

2. Most Improved Model in Fuel Efficiency (Model Cekap Bahan Api Paling Dipertingkatkan) – Proton Persona  

 “Kami amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Kedua-dua Persona dan Saga diterima baik oleh rakyat Malaysia setelah pelancarannya. Melalui kajian pasaran yang dijalankan, kami telah melakukan penambahbaikan terhadap kereta ini supaya kami dapat memenuhi kehendak am segmen pasaran. Kedua-dua Saga dan Persona direka bagi mereka yang memerlukan sebuah kereta dengan harga berpatutan, selamat, dan mempunyai pelbagai ciri praktikal yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON . 

  
 “Antara kehalusan yang telah dicapai adalah tahap bunyi, getaran dan kekasaran (Noise, Vibration and Harshness, NVH) kereta yang lebih senyap dan peningkatan penjimatan penggunaan bahan api, dipandu oleh ciri Bantuan Pemanduan Eco bagi kedua-dua kereta, ciri yang diperkenalkan pertama kali bagi PROTON. Kereta Persona dan Saga masing-masingnya dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang melayakkannya ke taraf keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang dan 4 bintang,” tambah Dato’ Fuaad. 

  
 Saga generasi ketiga dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT dan berharga dari RM36,800 hingga RM45,800. Bagi Persona serba baharu pula dilengkapi enjin 1.6L VVT yang lebih cekap dan berharga dari RM46,800 hingga RM59,800. Kedua-dua Saga dan Persona didatangkan dalam 3 varian, Standard, Executive dan Premium. 

 “Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” tambah Dato’ Fuaad lagi. 

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton Tagged With: car of the year

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in