• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Kenali Kereta Dengan Ranking Jualan Tertinggi Di Jepun 3 Tahun Berturut-turut!

April 28, 2020 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Bukan mudah untuk menjadi nombor satu dalam ranking jualan terutamanya di pasaran yang sangat kompetitif seperti di negara Jepun. Namun model ini telah membuktikan mereka boleh menjadi juara selama 3 tahun berturut-turut bagi semua kategori di Jepun. Terdapat 2 pengkategorian kereta penumpang di Jepun iaitu kategori “Kei” atau ringan、”Kogata” atau small car dan juga “Futsu” normal car. Kategori “kei” adalah untuk enjin berkapasiti 660 cc dan ke bawah, “Kogata” adalah dengan enjin antara 660 cc hingga 2000cc dan normal car untuk melebihi 2000 cc. Untuk “Kei” biasanya menggunakan plat berwarna kuning. Model Honda N-Box ini telah dinobatkan sebagai kereta terlaris di Jepun untuk 3 tahun berturut-turut bagi semua kategori. Jadi, apakah rahsia kereta ini sampaikan boleh menjadi nombor 1 untuk 3 tahun berturut-turut?

Sebelum itu, model N-Box dari Honda ini adalah dari jenis one box car, yang mana sebelum ini Honda bukanlah specialist dalam segmen “kei”. Sebelum ini pakar dalam kecil dan ringan adalah lebih kepada Daihatsu dan Suzuki. Dan setelah mereka nampak yang “Kei” ini mempunyai pasaran yang agak besar, mereka pun mula mengeluarkan model-model “Kei” mereka sendiri. Namun, belum dengar lagi model “Kei” dari abang besar iaitu Toyota. Sebabnya, Toyota adalah pemilik saham terbesar dalam Daihatsu jadi ia sudah ada division kereta “Kei” mereka sendiri.

Mengikut data jualan tahun 2019 di Jepun, 3 tempat teratas diungguli oleh kategori “Kei” iaitu N-Box keluaran Honda, Tanto keluaran Daihatsu dan Spacia keluaran Suzuki. Selepas itu barulah diikuti oleh Prius dari kategori sederhana kecil atau “Kogata”. Mengapa kategori “Kei” terjual dengan banyak? Dahulu, model “Kei” ini dianggap basic car untuk pergi kawasan dekat-dekat atau supermarket beli barangan dapur, namun setelah pelbagai RnD di berikan, ianya lebih moden dan menarik. Juga Jepun merupakan negara yang mempunyai kawasan sempit. Ok berbalik kepada mengapa N-Box ini laris sangat? Teruskan bacaan untuk dapatkan jawapan anda.

Pertama kerana model N-Box ini jimat minyak. Mengapa jimat minyak? Pertama Honda telah meringankan berat kereta ini tanpa memkompromi aspek safety dan kebolehpanduan. Caranya, Honda menggunakan material coil sheet generasi baru yang nipis tetapi kuat. Kedua, menggunakan teknologi laser welding untuk mengurangkan penggunakan komponen. Contohnya getah roof moulding tidak lagi diperlukan setelah menggunakan laser welding dan berjaya mengurang berat 1/2kg. Semakin ringan kereta, semakin kurang penggunaan bahanapi. (Rujuk gambar di atas).

Ketiga, faktor tempat duduk penumpang hadapan dengan super slider rail. Rel untuk menggerakkan tempat duduk penumpang hadapan lebih panjang dari rel tempat duduk pemandu (lihat gambar di atas). Ini dipanggil super slider rail. Super slider rail ini membolehkan tempat duduk penumpang hadapan si tolak kedepan dengan luas dan ini membolehkan pergerakan lebih mudah dalam kereta tanpa perlu turun naik. Fungsi ini amat berguna pada waktu hujan. Juga ia boleh ditolak kebelakang sehingga dekat dengan tempat duduk penumpang belakang khas untuk memudahkan penumpang berbual. (Rujuk gambar bawah).

Keempat, tempat duduknya juga boleh diubah dengan pelbagai mod bergantung kepada kesesuaian. Tempat yang duduk fleksibel pelbagai mod ini juga membantu menaikkan jualan model ini. Terdapat lebih dari 8 konfigurasi yang boleh dibuat pada model N-Box.

N-Box juga, walaupun hanya sebuah kereta kategori “Kei”, tetapi ianya dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti keyless entry, push start, dan power sliding door. Terdapat juga tray untuk menjamu selera dan ruang simpanan yang banyak.

Kelima dan terakhir adalah fungsi super slider slope. Dengan slider slope ini memudahkan kita untuk memuat naik barang mahupun kerusi roda. Contohnya jika ingin menghantar pesakit ke klinik atau hospital, slider slope ini sangat membantu tanpa perlu turun dari kerusi roda. Sangat kreatif rekaan model N-Box ini dan memang patut ia menjadi paling laris.

Kereta begini jika dijual di Malaysia pasti juga akan laku keras bukan sahaja ia mempunyai penjimatan minyak yang hebat, fungsinya juga amat bagus sekali. Banyak kerja boleh selesai dengan satu kereta sahaja seterusnya menjimatkan perbelanjaan. Honda Malaysia agak-agak nak bawa masuk tak?

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in