• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

UMW Toyota Guna Fasiliti Kilang Jahit PPE Untuk Barisan Hadapan Covid 19.

April 25, 2020 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

UMW Toyota Motor melalui hantaran dalam laman Facebook rasmi mereka [Toyota Malaysia] telah menyumbang peralatan perlindungan diri atau personal protective equipment (PPE) yang sangat diperlukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijahit di Toyota Boshoku UMW, fasiliti kilang pengeluaran tempat duduk kenderaan mereka di Shah Alam. Sehingga kini, lebih dari 10,000 helai tudung, gaun dan pelindung but telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dari sebahagian pengeluaran fasa pertama.

Berbanyak terima kasih dan tahniah kita ucapkan kepada pihak UMW Toyota Motor kerana sumbangan mereka yang sangat bernilai kepada barisan hadapan kita dalam membantu untuk memerangi wabak Covid19. Seperti yang semua sedia maklum, novel coronavirus yang menyebabkan penyakit Covid19 ini belum ada vaksin dan ubat jadi penggunaan PPE amat diperlukan untuk mengelakkan jangkitan. Syarikat korporat sedang dan telah memainkan peranan mereka dan untuk kita sebagai rakyat, patuhilah perintah kawalan pergerakan (PKP) ini bagi memutuskan rantai jangkitan coronavirus dan seterusnya membendung wabak ini.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di serata dunia sekarang banyak syarikat pengeluar kenderaan telah diminta oleh kerajaan di sana untuk membantu dalam membuat dan membekalkan PPE seperti mask dan ventilator kepada pekerja kesihatan dan pesakit disebabkan pengeluar PPE dan alatan pernafasan sedia ada sudah mencapai tahap pengeluaran yang maksimum.

Fiat, Nissan dan Chrysler adalah antara syarikat yang sudah berjanji akan membantu dengan bantuan dari syarikat korporat utama yang lain. Fiat Chrysler Automobile (FCA) akan mengeluarkan berjuta keping mask dan akan mendermakan kepada yang memerlukan dan juga kepada pekerja barisan hadapan.

Syarikat lain seperti GM, Ford dan Tesla telah bermula menukar keupayaan mereka untuk mereka dan mengeluarkan alat bantuan pernafasan atau ventilator. Mereka telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar ventilator untuk menambah kapasiti pengeluaran di seluruh negara manakala CEO Tesla, Elon Musk, pula telah berjanji kepada penduduk New York untuk membekalkan peralatan itu menolong pesakit yang kritikal.

Mahindra group, pengeluar traktor terbesar dunia dan pengeluar kereta elektrik terbesar di India juga sedang menilai semula fasiliti pengeluaran mereka untuk membuat ventilator. Di Britain pula, syarikat Vauxhall, Airbus dan Rolls-Royce juga sedang bergerak ke arah yang sama. Pasukan F1 McLaren juga dilaporkan juga akan turut sama memandang musim perlumbaan F1 telahpun digantung dan pengeluaran untuk barang-barang perlumbaan sudah perlahan.

Sumber: Independant.uk

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Event, News, Toyota Tagged With: covid19, umw toyota

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in