• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox

December 12, 2023 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Pengguna Alphard Vellfire siri 30/35 berkemungkinan mengalami masalah gearbox berdasarkan dari info beberapa pemilik yang telah mengalami dan menukar gearbox mereka. Untuk pengetahuan semua, pihak Toyota telah mengeluarkan edaran rasmi berkenaan masalah gearbox siri 30 ini.

Masalah ini berlaku disebabkan satu komponen pada bahagian torque converter mempunyai variasi pengeluaran yang tinggi menyebabkan ada yang ok dan ada yang bermasalah. Simtom yang berlaku bila komponen itu gagal berfungsi ialah lampu check engine akan menyala dan kereta akan bertukar kepada mode fail safe driving (tekan minyak pun kelajuan tak berubah).

Merujuk kepada gambar di atas, setelah diterjemah, bukan hanya Alphard Vellfire model siri 30/35 sahaja yang terlibat, juga termasuk Voxy, Noah, Esquire, Harrier dan Avensis yang menggunakan komponen yang sama. Anda boleh rujuk gambar di atas adakah kereta anda terlibat atau tidak . Untuk AGH30, no frame dari 0001001 hingga 0064562 manakala AGH35 dari 0001001 ke 0010319.

>>Nak cuba kerja dengan pendapatan tanpa had yang sah di sisi undang-undang? Klik sini untuk info lanjut<<

Untuk masalah ini pihak Toyota telah melanjutkan tempoh waranti gearbox dari 5 tahun ke 9 tahun tanpa mengira jumlah perbatuan. Pihak Toyota hanya menukar komponen yang bermasalah jika error yang disebutkan di atas keluar sahaja.

Jika nombor frame anda termasuk dalam list di atas, berkemungkinan kereta anda bakal mengalami masalah. Rujuk kepada bengkel yang mahir jika anda menghadapi masalah gearbox. Kongsikan hantaran ini jika bermnafaat.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Toyota Tagged With: masalah gearbox alphard vellfire

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in