• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti

March 10, 2024 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Umum mengetahui negara Jepun merupakan satu negara yang mempunyai jualan kereta tertinggi di dunia dan juga amat menitik beratkan aspek keselamatan dalam perkara berkenaan kenderaan, kereta umumnya. Sayugia itu jumlah kemalangan direkodkan amat sedikit per jumlah penduduk berbanding negara kita.

Terdapat beberapa tabiat baik oleh pemandu-pemandu Jepun yang boleh dicontohi oleh pemandu-pemandu di negara lain ketika memandu kenderaan. Di sini kita berikan beberapa tabiat yang boleh kita contohi antaranya.

1. Etika membunyikan hon

Di Jepun, selain memberi amaran kepada pemandu lain, terdapat kegunaan lain untuk horn. Kegunaan itu adalah untuk tujuan menunjukkan sikap berterima kasih. Ini dengan cara membunyikan dengan pantas “tet” sebanyak 1 kali atau 2 kali menunjukkan pemandu itu berterima kasih kepada pemandu lain. Jika di negara kita, horn boleh menyebabkan pergaduhan jika membunyikan dengan terlalu lama.

2. Etika memandu di sebelah kiri jalan

Pemandu di Jepun mempunyai kecenderungan untuk memandu lebih sedikit ke sebelah kiri jalan. Ini bertujuan untuk memberi ruang yang selamat antara kereta yang datang dari arah hadapan. Satu tabiat yang baik untuk pemanduan lebih selamat.

>>Nak kerja dengan pendapatan tanpa had yang sah di sisi undang-undang? klik sini<<

3. Etika ketika parking

Di Jepun, boleh dikatakan semua kereta parking dalam keadaan mengundur atau reverse parking. Ini telah menjadi budaya mereka. Reverse parking adalah lebih mudah kerana anda dapat menggunakan cermin sisi dan juga semasa anda hendak keluar parking, anda dapat mengesan bahaya di hadapan anda.

4. Etika menyalakan lampu kelip kecemasan (hazard light)

Pemandu di Jepun menyalakan lampu kelip kecemasan atau hazard light bukan hanya ketika kecemasan sahaja, malah ianya digunakan untuk menunjukkan rasa terima kasih ketika bertukar jalur jalanraya dan juga ketika hendak memasuki petak parkir di tempat yang sibuk. Nyalaan lampu ini memberi petunjuk bahawa tempat parking sudahpun diambil.

5. Memberi laluan kepada pejalan kaki

Pemandu di Jepun biasanya akan memberikan laluan kepada pejalan kaki atau penunggang basikal untuk lalu terlebih dahulu. Sebagai contoh di satu persimpangan jalan, apabila kereta hendak membelok kiri, pada masa yang sama terdapat seseorang yang ingin melintas jalan, anda harus berhentikan kenderaan anda untuk memberikan laluan kepada mereka.

6. Tidak menukar laluan dan membunyikan hon secara melulu

Pemandu di Jepun amat jarang menukar lorong disaat akhir kerana bukan sahaja ianya salah di sisi undang-undang, ia juga amat membahayakan pemandu lain ketika menukar lorong disaat-saat akhir. Juga tidak membunyi hon secara melulu dan provokasi bagi menghormati hak pemandu lain.

7. Sentiasa bersabar

Dengan penduduk yang ramai bertumpu di beberapa kawasan bandar, Jepun adalah antara negara yang mempunyai lalulintas yang agak teruk. Namun begitu, rata-rata penduduk Jepun amat bersabar dengan keadaan trafik yang agak mencabar itu.

8. Memastikan keselamatan pemandu dan penumpang

Pastikan semua pemandu dan penumpang dalam keadaan selamat seperi penggunaan tali pinggang keledar dan kerusi kanak-kanak diikat dengan baik bagi mengelakkan impak kemalangan yang lebih kuat dan jika silap langkah boleh membawa maut.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Tips Kereta

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in